Sunday 28 December 2014

Jenis jenis SIREH dan kegunaan nya

PETUA DAN PENAWAR ORANG LAMA
Petua dan penawar yang sangat berkesan untuk menghindarkan kemaluan berbau dan gatal-gatal adalah dengan menggunakan daun sireh. Itu pasal opah-opah kita dahulu suka makan sireh dengan pinang sebab ada khasiat disebaliknya. Sampai sudah menjadi routine harian memakan sireh sampai menumbuk menggunakan "Gobek".
Ramai di kalangan wanita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan berbanding lelaki. Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor. Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.
Carilah seikat daun sireh lebih kurang 10 ke 15 helai atau mengikut ukuran sendiri. Daun sireh itu direbus dalam periuk. Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih. Ambil dua gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang. Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil. Jika diamalkan dalam tempoh dua minggu, insyaAllah gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.
Kepada wanita yang sudah berkahwin mengalami masalah ini. Lakukan segera supaya hubungan rumahtangga anda bertambah bahagia.


1 comment:

  1. Casinos Near Carson City, NV | Mapyro
    Casino 사천 출장마사지 Near Carson City, NV. Directions. See 100 photos and 논산 출장안마 12 tips from 12282 visitors about buffet, 대구광역 출장샵 food, and beverage. 대구광역 출장마사지 "Very good. Very fast service. 시흥 출장샵 Good

    ReplyDelete