Friday 30 January 2015

Khasiat Sarang Angkut2 dan PokokKemuncup

Secara ringkasnya dari Wikipedia apakah itu Pokok Semalu:
Pokok Semalu (Mimosa pudica L.) adalah tumbuhan merayap semusim. Daun kupuannya kucup kedalam dan terkulai apabila disentuh, dan kembali terbuka selepas beberapa minit. Mimosa pudica adalah tumbuhan tempatan yang berasal dari Brazil, tetapi kini adalah rumpai tropika raya. Batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang. Dahannya halus, bercabang, dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m (5 kaki).
Jadinya, bagaimana dua benda yg berbeza ini bagai 'Ikan Dilaut, Asam Didarat Bertemu Juga' dan menjadi penawar utk pelbagai penyakit terutama kanser?
Seperti yg diterangkan oleh Ustaz Shahran, beginilah lebih kurang cara rawatanya:
-Sarang angkut angkut paling mujarab ialah sarang yg dah ada dalam atau disekeliling rumah pesakit tersebut.
-Ambil daun semalu lurutkan dan ambil daunya dari 13 tangkai.(average)
Biasanya dalam kiraan ganjil.
-Angkut angkut + daun semalu + 1 sudu air zam zam.
- Hancurkan (waktu menumbuk jangan bercakap, banyakkan selawat) di dalam satu lesung contoh lesung batu(bersihkan dulu).
- Selepas selesai, baca Al-Fatihah, ayat Kursi, surah Anbiyak ayat 83, Surah Hasyr ayat 21 dan surah Al-Baqarah ayat 22.
-Sapukan pada tempat bengkak atau kanser tersebut. jika barah itu di dalam, ambik syarat sapukan diluar bahagian yg terkena kanser itu tadi.